fbpx

Kos operasi meningkat punca kenaikan harga tiket feri Lumut-Pangkor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Peningkatan kos keseluruhan operasi termasuk minyak, penyelenggaraan dan kos alat ganti komponen jentera feri menjadi sebab harga tambang feri dari Jeti Lumut dan Marina Island ke Pulau Pangkor dinaikkan mulai 1 Julai lalu.

Operator Feri Jeti Lumut, Rositah Abdul Razak berkata, syarikat feri mengambil kira faktor harga minyak, penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem keselamatan jentera sebelum mengambil keputusan menaikkan harga tiket RM3 bagi perjalanan sehala.

“Setiap feri menggunakan minyak kategori industri berharga RM5.30 seliter dan boleh mencecah RM6 seliter berdasarkan situasi global semasa ketika ini.

“Setiap trip perjalanan pergi dan balik feri memerlukan antara 170 hingga 200 liter minyak diesel. Ketika ini laluan Lumut ke Pangkor mempunyai 15 feri yang mampu membawa maksimum 288 penumpang dengan setiap feri mempunyai dua enjin utama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berkuat kuasa Jumaat lalu, tambang feri ke Pulau Pangkor dinaikkan kepada RM10 bagi perjalanan sehala untuk dewasa atau RM20 untuk pergi balik, manakala kanak-kanak RM5.50 sehala atau RM11 pergi balik, berbanding sebelum ini tiket sehala dewasa RM7 atau RM14 pergi balik dan kanak-kanak RM2.50 sehala atau RM5 pergi balik.

Bagaimanapun, penduduk pulau bebas cukai itu masih menikmati harga sama iaitu RM6 seorang untuk perjalanan pergi balik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI