fbpx
gambar hiasan

Mari amalkan makanan sihat tanpa minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Rata-rata orang ramai mula menyarankan peralihan kepada gaya hidup lebih sihat dengan mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.

Ini disebabkan mereka mula tersepit dengan kenaikan harga minyak masak berbotol yang semakin melambung tinggi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial hari ini mendapati ramai memuat naik hantaran berkongsi gambar harga minyak masak botol lima kilogram (kg) di pasar raya sehingga ada yang mencecah RM54 sebotol.

Situasi ini memberi ketakutan kepada golongan pengguna kerana bimbang pendapatan bulanan mereka tidak dapat menampung keperluan hidup ketika ini.

“Jom kita amalkan gaya hidup sihat, kurangkan minyak dalam masakan, makan makanan rebus agar dapat kawal lemak dan kolesterol dalam badan juga, sambil sihat dapat kita menjimat,” saran Azmin Nauful.

“Mendadak betul kenaikan harga, kami rakyat belum bersedia sepenuhnya, mental kami terganggu dengan situasi tertekan seperti ini, kami tak tahu apa tujuan dan permainan kerajaan, adakah untuk negara dan kepentingan sendiri, atau tidak pernah fikirkan keperluan rakyat?,” sola Aminah.

“Kita kena belajar untuk bijak berbelanja, bijak dalam membuat hidangan harian, jadualkan menu setiap hari supaya boleh kawal perbelanjaan, itu saja cara yang terbaik boleh dilakukan untuk tidak merana kemudian hari,” pesan seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

POPULAR