fbpx

Liga Super: Melaka, JDT sama ‘liat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain JDT, Safawi Rasid (tengah) bersaing dengan dua pemain Melaka United, Mikel Justin Cagurangan Baas (kanan) dan Khairul Anwar Shahrudin (kiri) dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

MELAKA – Semangat juang tinggi dipamerkan Melaka United apabila mengikat pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Tanggapan Melaka United bakal rebah dengan jaringan banyak nyata meleset, sebaliknya tuan rumah beraksi cemerlang jauh lebih baik berbanding ketika tunduk 2-3 kepada Sarawak United, Sabtu lalu.

Biarpun tuan rumah turun tanpa penyerang berbisa Ifedayo Olusegun, Syazwan Andik dan Fadhli Shas nyata tidak menjejaskan rentak permainan Melaka United untuk memberikan saingan getir.

JDT membuka jaringan pertama menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-27 namun Melaka United bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan pemain pertahanan Justin Baas pada minit ke-39.

Di hadapan hampir 20,000 penyokong kedua-dua pasukan nyata terhibur dengan aksi yang cukup mendebarkan dipamerkan kedua-dua pasukan.

Keputusan seri buat JDT terus melebarkan rekod tanpa kalah pasukan itu untuk kekal sebagai pendahulu Liga Super.

Sebaik sahaja babak bermula JDT jelas menunjukkan penguasaan pentas saingan bermula dengan sepakan percuma Leandro Velazquez sekadar meliar keluar seawal minit keempat.

JDT memperkukuhkan jentera apabila membawa masuk dua lagi pemain kebangsaan, Safawi Rashid dan Syafiq Rahim dalam usaha mencari gol kemenangan.

Pada minit 82, Sony Norde hampir meledak jaringan kedua namun sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar Mohd. Farizal Marlias. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI