fbpx

Lelaki parah ditetak 4 individu angkara dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang lelaki ditetak oleh empat individu.

PETALING JAYA – Angkara dendam lama, seorang lelaki parah ditetak empat individu dalam kejadian di sekitar Sungai Way di sini Jumaat lalu.

Mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditetak empat lelaki yang dikenalinya berusia lingkungan 21 hingga 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, isteri mangsa membuat laporan polis pada pukul 9.30 malam, Jumaat lalu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan parah pada bahagian belakang badan dipercayai akibat ditetak empat individu terbabit disebabkan dendam lama.

“Bertindak atas laporan, polis menahan tiga lelaki di sekitar Sungai Way dan ibu negara hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, semakan pihak polis mendapati dua daripada suspek memiliki lima rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video di media sosial berdurasi dua minit yang memaparkan insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI