fbpx

Newcastle eksploitasi situasi Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR turut dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi EPL seperti Manchester United dan Chelsea yang dilihat lebih realistik untuk menandatangani bintang Brazil itu. – AFP

PARIS – Kelab terkaya Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United dilihat meletakkan sasaran perpindahan yang tidak realistik untuk cuba mendapatkan khidmat bintang sensasi Brazil, Neymar.

Menurut laporan media Pe­rancis, RMC Sport melaporkan, The Magpies berhasrat untuk memanfaatkan situasi dialami Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) yang dikatakan sudah tidak sehaluan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor kuat bahawa Newcastle tiada peluang untuk membawa penyerang berusia 30 tahun itu ke St. James Park musim depan.

Newcastle perlu memecahkan rekod perpindahan termahal kelab itu berjumlah £190 juta (RM1.014 bilion), lima kali ganda lebih tinggi daripada harga yang dibayar ketika membeli Joelinton iaitu £40 juta (RM213.53 juta).

Gaji diterima Neymar ketika di PSG juga amat tinggi iaitu £500,000 (RM2.66 juta) seminggu jika dibandingkan dengan Joelinton yang merupakan penerima gaji termahal kelab itu cuma sebanyak £86,000 (RM459,082) seminggu.

Bekas bintang Barcelona tersebut juga pastinya tidak rela berhijrah daripada pasukan pencabar kejuaraan Liga Juara-Juara kepada kelab yang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe bukannya seorang individu berprofil tinggi dan dijangka berdepan kesukaran untuk me­ngawal pemain superstar seperti Neymar.

Jalan terbaik buat Neymar adalah kekal bersama PSG atau pulang ke Sepanyol dan Brazil bagi mengelak dirinya terus di­serang pelbagai spekulasi yang boleh menjejaskan fokusnya ke Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI