fbpx

Mayat lelaki ditemukan tergantung dalam perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa keluar mayat seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah perigi dalam kejadian di Pasir Panjang, Port Dickson, semalam.

PORT DICKSON – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam perigi di sebuah kampung di Pasir Panjang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 66 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung di dalam perigi itu kira-kira pukul 11 pagi.

“Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan si mati dijumpai tergantung di dalam perigi.

“Pemeriksaan awal setakat ini tidak menemui sebarang perlakuan jenayah dan dipercayai si mati cuba bunuh diri namun siasatan susulan daripada pelbagai sudut akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Aidi Sham menambah, siasatan awal juga mendapati si mati tidak bekerja dan mempunyai sejarah perubatan di Klinik Psikiatrik Hospital Port Dickson sejak tahun 2019 dan kali terakhir menjalani rawatan susulan adalah pada 7 Jun lalu.

“Bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi menentukan sebab kematian dan kes diklasifikasikan dahulu sebagai kematian mengejut,” kata beliau.-KOSMO! ONLINE

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI