fbpx

Keputusan rayuan Azeez batal pertuduhan ditangguh ke 26 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez (kanan) ketika hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya ditangguhkan ke 26 Ogos ini di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md. Said bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada pihak perayu dan responden yang memohon keputusan kes itu ditangguhkan ke satu tarikh lain.

“Mahkamah menangguhkan keputusan rayuan ini untuk kali terakhir kerana kes itu sudah berjalan dalam tempoh lama. Sebarang keputusan perlu dibuat secepat mungkin,” kata hakim Kamaludin.

Terdahulu peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Abdul Azeez selaku perayu memaklumkan kepada mahkamah terdapat reprsentasi terbaharu dihantar ke Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan itu.

“Pada 27 Jun lalu, pihak kami telah menerima satu maklum balas berkaitan representasi tersebut daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu-isu yang dibangkitkan, jadi pihak kami memohon masa (tarikh lain) sebelum satu keputusan muktamad diberikan,” kata peguam itu.

Dalam pada itu, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad selaku responden tidak membantah dengan permohonan penangguhan tarikh yang dikemukakan pihak perayu.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan kes bagi mengetahui status keputusan rayuan tersebut dan juga perkembangan representasi dan tarikh itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI