fbpx

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ke separuh akhir Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (kanan) dan Nur Izzuddin meraikan kejayaan menewaskan pemain China, Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada aksi suku akhir Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan kemaraan pasukan Malaysia pada Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022 apabila melangkah ke separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir itu, beregu No.12 dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-11, 22-20 ke atas wakil China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Rehat mencukupi yang diperoleh selepas mendapat kemenangan percuma ke atas beregu India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy semalam nyata digunakan sebaiknya oleh Sze Fei-Izzuddin.

“Kemenangan percuma yang diperoleh ke atas beregu India semalam memang berikan kami peluang untuk mendapatkan rehat mencukupi bagi menampilkan aksi terbaik pada perlawanan hari ini.

“Pertemuan hari ini sememangnya sukar, terutamanya pada set kedua, namun sokongan padu yang diberikan penonton berjaya membakar semangat kami untuk melakar kemenangan,” kata Izzuddin selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Sze Fei pula mula mengintai peluang untuk melangkah ke pentas final Ahad ini, namun tidak mahu terlalu dibuai dengan kemenangan tersebut memandangkan perlawanan akan datang lebih sukar.

“Tentu ada hasrat untuk bermain di final tetapi kami mahu beri sepenuh tumpuan terhadap aksi di separuh akhir kerana ia lebih penting. Kami perlu bersiap sepenuhnya sebelum aksi esok,” ujarnya.

Sze Fei-Izzuddin dijangka bertemu sama ada rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin atau beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang bakal membuat perhitungan selepas ini.

Dalam perkembangan lain, hasrat beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing untuk meneruskan aksi ‘magis’ terhenti pada suku akhir selepas tewas 15-21, 21-23 kepada gandingan No.6 dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI