fbpx

Penganggur bawa dadah elak sekatan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH yang dirampas dalam tangkapan ke atas seorang lelaki yang cuba lari sekatan jalan raya di Kilometer 102, berhampiran Taman Bukit Slim, Slim River semalam. - Foto IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Cubaan pemandu melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 102 berhampiran Taman Bukit Slim di sini, gagal selepas dia ditahan polis semalam.

Tindakan penganggur berusia 31 tahun itu turut mengundang bahaya kepada polis apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya membuat pusingan U secara mengejut dan merempuh kenderaan pasukan yang mengekori dari belakang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu bermula apabila kereta dipandu suspek cuba mengelak sekatan dengan membuat pusingan U.

Suspek memandu secara melulu melalui jalan sehala ke Trolak.

Menurut beliau, polis yang mengekori suspek mengarahkan lelaki itu memberhentikan kenderaan, namun dia enggan dan cuba menghimpit kenderaan pasukan.

“Kereta dipandu suspek kemudiannya membelok masuk ke Felda Gunung Besout. Ketika mengekori kenderaan itu, suspek membuat pusingan U dan melanggar bahagian hadapan kenderaan pasukan.

“Suspek dapat diberkas dan pihak kami menemui 11 peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki methamphetamine dalam beg sandang,” katanya di sini hari ini.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai tiga rekod kes dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI