fbpx

Raducanu lepasi pusingan pertama Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU mengakui sudah menemui momentum ketika meraih kemenangan ke atas Van Uytvanck pada pusingan pertama awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bintang Great Bri­tain, Emma Raducanu berjaya mengetepikan musimnya yang sukar dengan menikmati permainan terbaik menewaskan Alison Van Uytvanck dari Belgium 6-4, 6-4 di pusingan pertama Wimbledon awal pagi semalam.

Pemain No.11 dunia itu bergelut untuk mendapatkan semula rentak dan prestasi terbaiknya sejak menjuarai saingan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lepas.

Sejak itu, pencapaian terbaik Raducanu, 19, adalah suku akhir Piala Billie Jean King, manakala perjalanannya dalam dua Grand Slam tahun ini pula hanya sekadar di pusingan kedua Terbuka Australia dan Terbuka Perancis.

Begitupun, Raducanu percaya dia seperti sudah kembali me­nemui momentumnya dan berharap kecemerlangan tersebut berterusan untuk membolehkan dia mara sejauh mungkin pada Wimbledon kali ini.

“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan sekarang. Mungkin suasana di sini dan sokongan padu daripada penonton sebaik saya memasuki gelanggang telah membantu saya.

“Segala pengorbanan dan keperitan saya lalui sejak kebelakangan ini amat berbaloi dengan kemenangan di Centre Court ini. Saya sangat gembira dan tidak sabar menanti aksi seterusnya,” kata Raducanu.

Antara faktor Raducanu gagal mengharungi musim cemerlang tahun ini adalah disebabkan beberapa siri kecederaan menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada banyak kejohanan.

Di pusingan kedua nanti, Ra­ducanu dijadualkan bertemu pemain dari Perancis, Caroline Garcia yang menewaskan seorang lagi wakil Great Britain, Yuriko Miyazaki 4-6, 6-1, 7-6 (10-4) awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI