fbpx

Nabil Ahmad juara pelumbaan kedua Toyota Gazoo Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabil (tengah) dinobatkan juara dalam pelumbaan TGR di Litar Antarabangsa Sepang di sini semalam.

SEPANG – Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad berjaya mendapat tempat pertama dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) menewaskan pencabar-pencabar lain dalam kalangan selebriti bagi kategori promosi yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang di sini semalam.

Menurut kenyataan UMW Toyota Malaysia, Nabil mendapat podium selepas berjaya menghabiskan pelumbaan 18 pusingan meninggalkan Wany Hasrita ditempat kedua dan Janna Nick di tempat ketiga.

Katanya, pelumbaan kedua, pusingan kedua musim kelima acara itu turut disertai Nabila Razali, Shukri Yahaya, Zizan Razak, Ahirine Ahirudin, Ain Edruce dan Khai Bahar.

“Banyak drama yang berlaku dalam litar pada pelumbaan kelas promosi pada kali ini kerana ramai yang menyangka Shukri dan Zizan dapat mengekalkan kedudukan seperti perlumbaan pertama semalam (Sabtu).

“Cubaan Zizan untuk mengintai kemenangan tidak berhasil kerana masalah teknikal yang dihadapi pada sistem transmisi dan sekadar berada di tempat kelima,”katanya.

Sementara itu, tambahnya, acara pada kali turut dibuka kepada penonton buat pertama kali sejak dibuat secara tertutup dua tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI