fbpx

Nasib Mason Greenwood diketahui September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD (kanan) dikenakan tuduhan merogol dan ugutan bunuh menyebabkan dia kini masih digantung oleh United. – AFP

MANCHESTER – Nasib pe­nyerang Manchester United, Mason Greenwood bakal diketahui September depan selepas ikat jamin disambung bagi tempoh tiga bulan lagi atas tuduhan rogol dan ugutan bunuh.

Pihak Polis Manchester (GMP) mengesahkan ikat jamin pemain berusia 20 tahun itu disambung selepas perbicaraan tertutup yang dibuat di Mahkamah Majistret Salford dan Manchester Khamis lalu.

Sebutan semula kes dijangka dibuat awal September depan, namun difahamkan pihak pendakwaan mungkin akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan tuduhan ke atas Greenwood ataupun menggugurkan siasatan.

“Sambungan ikat jamin tidak akan memberi kesan terhadap proses siasatan, jadi Polis Manchester tidak akan membuat ulasan lanjut berhubung kes ini sehingga suspek didakwa atau dibebaskan,” kata jurucakap GMP.

Ketika ini, Greenwood masih lagi digantung oleh United dan tidak dibenarkan untuk kembali menjalani latihan di Carrington meskipun beberapa pemain sudah mula melapor diri menjelang aksi pramusim sebagai persiapan menjelang musim depan.

Sementara itu, terdapat beberapa laporan mengatakan penyerang tersebut mungkin dibebaskan dalam masa terdekat dan tidak akan didakwa atas tuduhan yang dibuat ke atasnya.

Sebagai rekod, Greenwood ditahan Januari lalu selepas gambar dan rakaman video yang menunjukkan imej pelajar ber­usia 18 tahun dicederakan oleh­nya, sekali gus menyebabkan dia digantung oleh United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI