fbpx

KPLB mohon elaun pembantu tabika Kemas dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid

KUALA NERUS – Nasib pembantu tabika kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang memperoleh elaun RM500 sebulan mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kertas kerja cadangan menaikkan elaun pembantu tabika telah dihantar untuk perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

“Kita sedang menunggu kelulusan JPA dan Kementerian Kewangan berhubung kenaikan elaun tersebut.

“Jadi diharapkan elaun ini dapat dinaikkan ke satu tahap yang lebih baik selepas ini,” katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ketiga di sini hari ini.

Mahdzir mengakui elaun bulanan RM500 itu tidak memadai dengan beban tugas semasa yang dipikul pembantu tabika.

Jelas beliau, pembantu tabika kini bukan sahaja berperanan memasak untuk murid, malah turut perlu membantu mengajar.

Kosmo! hari ini melaporkan guru tabika dan taska merayu pihak-pihak berkaitan agar memberi perhatian mengenai gaji atau elaun mereka yang tidak lagi sesuai dengan bebanan dan kos tanggungan hidup semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI