fbpx
Kanak-kanak berada di sebuah pusat jagaan atau taska. – Gambar hiasan

Gaji guru taska, tadika bergantung caj yuran bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pengusaha sebuah taska dan tadika di Telipot di sini mengakui terpaksa menetapkan gaji lapan pekerja yang merupakan tenaga pengajar pada kadar RM600 hingga RM1,200 sebulan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnita, 48, berkata, kadar gaji yang ditetapkan kepada semua pekerjanya itu bergantung kepada yuran bulanan daripada ibu bapa yang menempatkan seramai 45 orang anak mereka di pusat jagaannya.

Berita berkaitan: Hanya mampu bayar gaji RM600 hingga RM1,200 sebulan

Katanya, dia yang mengusahakan taska dan tadika sejak lapan tahun lalu menetapkan bayaran sebanyak RM320 untuk bayi bawah setahun, manakala RM240 kepada kanak-kanak setahun hingga empat tahun.

“Semua gaji lapan tenaga pe­ngajar saya dibayar melalui hasil kutipan yuran ibu bapa. Jumlah RM600 hingga RM1,200 itu merupakan gaji asas dan mereka boleh menerima bayaran kerja lebih masa sebanyak RM5 sejam sekiranya ibu bapa mengambil lewat anak-anak di bawah jagaan mereka melebihi pukul 5.30 petang.

Berita berkaitan: Guru tadika terseksa, kerja macam buruh kasar

“Sejujurnya, saya memang bergantung kepada yuran ibu bapa untuk bayar gaji pekerja. Yuran yang ditetapkan oleh saya yang mengusahakan pusat ini bersama suami boleh dikira berpatutan kerana 60 peratus ibu bapa kanak-kanak merupakan golongan B40,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Hasnita, dia pernah menyuarakan hasrat untuk menaikkan yuran bulanan tahun ini kira-kira RM50 hingga RM100 pada tahun lalu, namun ibu bapa kepada 20 orang kanak-kanak terus memberhentikan anak-anak mereka dari taska dan tadikanya.

Berita berkaitan: Gaji macam tahun 1990, terpaksa buat kerja sampingan

Katanya, cadangan itu diutarakan olehnya kerana berhasrat untuk menaikkan kadar gaji lapan tenaga pengajar selaras dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini, namun ia tidak berhasil sebaliknya terus mengekalkan yuran bulanan sedia ada.

“Pusat jagaan kanak-kanak saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

“Ibu bapa boleh memilih untuk hantar anak-anak mereka di pusat jagaan tidak berdaftar atau di rumah-rumah jika mahu lebih murah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN