fbpx
PENGUSAHA taska masih bergelut selepas pandemik dan tidak mampu membayar gaji tinggi kepada guru. – GAMBAR HIASAN

Hanya mampu bayar gaji RM600 hingga RM1,200 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebahagian pengusaha tadika menyatakan masih tidak mampu membayar gaji minimum kepada tenaga pengajar mereka disebabkan kedaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini.

Rata-rata pengusaha taska mengakui mereka hanya mampu membayar gaji antara RM600 hingga RM1,200 sebulan.

Perkara itu didedahkan Naib Pengerusi Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Kenneth William John yang mengakui situasi itu sememangnya berlaku di­sebabkan kos operasi yang tinggi melebihi pendapatan terpaksa ditanggung pengusaha taska.

Bagaimanapun, katanya, lebih sebahagian daripada pengusaha taska di seluruh negara sedang berusaha ke arah pembayaran gaji minimum disarankan iaitu sebanyak RM1,500.

Ujarnya, industri taska pada hari ini sedang bergelut untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan tersebut selepas terkesan teruk dengan pandemik Co­vid-19.

“Keperluan tenaga kerja termasuk guru atau pengasuh bergantung kepada nisbah murid (mengikut usia) dan pada hari ini, secara purata yuran bulanan adalah pada kadar RM300 sehingga RM450 seorang.

“Kalau dikira, satu premis taska mungkin mempunyai kira-kira 40 murid berusia tiga hingga empat tahun dan yuran bulanan terkumpul adalah sekitar RM12,000.

“Nisbah itu memerlukan empat guru bagi menjaga kanak-kanak dan sekiranya pengusaha membayar RM1,500 bagi setiap guru, kos gaji guru mencecah RM6,000, tidak termasuk caruman yang perlu dibayar oleh majikan serta kos lain,” katanya.

Ujarnya lagi, susulan itu sekiranya gaji guru tadika dibayar pada kadar saranan, lebih 2,000 taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara terpaksa menutup operasi.

Jelasnya, bagaimanapun sehingga kini kebanyakan pengusaha akan berusaha membayar gaji minimum sekitar RM900 sebulan kepada guru tadika yang berkerja daripada pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

Dalam pada itu, seorang Penyelaras dan Koordinator Akademik sebuah tadika di Seremban, P. Vasugi berkata, tadika kecil yang beroperasi dengan hanya 20 hingga 30 pelajar, mereka tidak mampu membayar gaji tinggi, malah ada yang hanya membuat bayaran mengikut tempoh jam bekerja.

“Ramai pengusaha taska sedang bergelut dengan kos ha­rian yang tinggi dan tidak mampu bayar gaji yang ditetapkan kerajaan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN