fbpx

Sejarah hitam golongan selebriti, pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti luar yang pernah terkait pergaduhan dengan pihak media.

KONFLIK, salah faham dan hubungan dingin antara golongan selebriti dengan pengamal media bukanlah isu baharu dalam dunia hiburan tempatan mahupun antarabangsa.

Saban tahun, ada sahaja cerita kurang enak antara artis dengan wartawan. Ada yang bertekak dalam media sosial, bergaduh secara bersemuka sehinggalah sesetengahnya terpaksa dibawa ke muka pengadilan.

Tidak termasuk terdapat kes yang berakhir dengan saman-menyaman antara satu sama lain.

Namun, jika ada budi bicara yang baik antara kedua-dua belah pihak, hubungan yang keruh boleh kembali jernih.

Terbaharu, cerita ‘hubungan tegang’ antara pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof dengan sebuah portal hiburan popular mencuri perhatian ramai.

Bermula dengan salah faham, hubungan antara kedua-dua belah pihak akhirnya kembali aman selepas bersemuka dalam satu pertemuan mengejut baru-baru ini.
Justeru minggu ini, Gala menyenaraikan beberapa insiden membabitkan selebriti dunia yang mempunyai memori pahit dengan pengamal media.

Sarah Azhari

SUSULAN tidak berpuas hati dengan cara wartawan bertanyakan soalan berkaitan kisah peribadi adiknya, selebriti terkenal Indonesia, Sarah Azhari pernah dihadapkan di mahkamah selepas didakwa melakukan serangan fizikal terhadap seorang pengamal media.

Dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 2005 tersebut, Sarah dikatakan tersinggung dengan pertanyaan berkaitan kes perceraian adiknya.
Disebabkan itu, Sarah didakwa bertindak luar batasan apabila menendang kaki wartawan tersebut.
Dibuktikan bersalah, Sarah dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan oleh mahkamah.

Miley Cyrus

PENYANYI sensasi Hollywood, Miley Cyrus bertindak menolak kamera milik seorang jurugambar selepas kurang selesa dengan tindakan individu tersebut yang merakam foto ibunya dengan jarak yang terlalu dekat.

Tidak hanya itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Wrecking Ball berkenaan turut memarahi dan memberi amaran kepada jurugambar terbabit supaya menjauhkan diri dari ibunya.

Susulan insiden tersebut, Cyrus pada tahun 2011 mengakui kecewa dan kurang selesa kerana kehidupannya sering diintip dan diekori oleh individu yang tidak dikenali.

Will Smith

GARA-GARA hampir dicium oleh seorang wartawan, aktor terkenal, Will Smith mengambil pendekatan menampar individu berkenaan bagi mempertahankan dirinya.

Aksi spontan yang sempat dirakam di sebuah acara hiburan pada 2012 tersebut memaparkan individu yang dipercayai seorang wartawan bertindak memeluk sebelum membuat percubaan mencium Smith.

Tidak selesa dengan situasi tersebut, Smith menolak dan menampar lelaki yang cuba melakukan aksi kurang senonoh dengannya di khalayak umum.
Bagaimanapun, tiada tindakan undang-undang diambil oleh Smith terhadap wartawan berkenaan.

Raffi Ahmad

SEKITAR 2015, pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad membuat permintaan maaf secara terbuka kepada semua pengamal media susulan mengeluarkan kenyataan berbaur tuduhan.

Raffi dikecam gara-gara menggelar segelintir wartawan di sana sebagai mata duitan dalam sebuah program bual bicara
Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengamal media Indonesia termasuk Persatuan Wartawan Indonesia (PWI).

Kurang selesa dengan perang dingin yang tercetus dengan pihak wartawan, dia akhirnya meminta maaf dan sedar bahawa kedua-dua pihak saling memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI