fbpx

Pekerja hilangkan data peribadi 460,000 penduduk bandar Amagasaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATA peribadi hampir setengah juta penduduk di bandar Amagasaki itu disalin pada sebuah pemacu USB. – Sora News

TOKYO – Seorang pekerja telah menghilangkan data peribadi milik hampir setengah juta penduduk sebuah bandar di Jepun akibat mabuk semasa keluar minum bersama rakan sekerjanya, lapor laman berita Sora News. 

Pentadbiran bandar Amagasaki di Hyogo ketika itu sedang melakukan urusan untuk menghantar bayaran pelepasan kepada isi-isi rumah yang dikecualikan daripada cukai kediaman.

Untuk melakukan kerja mencari antara 460,000 penduduk Amagasaki yang layak mendapatkan bayaran tersebut, kerajaan tempatan mengupah firma teknologi maklumat (IT) di bandar berdekatan, Suita di Osaka.

Pada 21 Jun lalu, seorang kontraktor telah membuat salinan data peribadi penduduk bandar itu yang lengkap dengan tarikh lahir, alamat, maklumat mengenai cukai dan bantuan kerajaan.

Setelah menyalinnya pada sebuah pemacu USB, pekerja yang identitinya tidak didedahkan itu mengeluarkan data berkenaan dari pejabat kerajaan tanpa kebenaran.

Dia ingin memindahkan data itu ke sebuah komputer di pejabatnya di Suita supaya boleh bekerja dari sana.

Bagaimanapun selepas selesai bekerja, lelaki itu bertindak memasukkan pemacu USB tersebut ke dalam begnya tanpa memadamkan data yang disalin. 

Laporan mengatakan bahawa lelaki itu singgah di sebuah restoran untuk minum. Dia kemudian mabuk dan tertidur di jalanan semasa berjalan pulang. Setelah sedarkan diri, dia terkejut apabila beg dan pemacu USB itu hilang.

Pada 23 Jun lalu, firma tersebut membuat permohonan maaf dengan menerangkan kejadian yang berlaku. Lelaki itu dikatakan minum sehingga mabuk dan beg itu hilang di jalanan. 

Selepas membuat permohonan maaf, pegawai kerajaan bandar itu memaklumkan bahawa tiada kebocoran dikesan dan data itu dilindungi dengan kata laluan 13 aksara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI