fbpx

Ahli politik hidup lebih lama berbanding rakyat biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat. - AFP

LONDON – Satu kajian baharu mendapati bahawa jangka hayat ahli politik adalah lebih lama berbanding penduduk di kawasan yang mereka wakili, lapor laman berita MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik dari Universiti Oxford melakukan kajian itu dengan menganalisis data dari 11 negara dan lebih 57,500 ahli politik sejak awal abad ke-19.

Negara terbabit adalah Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, New Zealand, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat.

Di semua 11 negara berkenaan, ahli-ahli politiknya didapati mempunyai purata jangka hayat 4.5 tahun lebih lama berbanding populasi yang mereka wakili.

Jurang jangka hayat pula berbeza mengikut negara. Ia bermula sekitar tiga tahun yang direkodkan di Switzerland sehingga 7.5 tahun di Itali.

Fenomena itu antaranya mungkin kerana ahli politik biasanya memperoleh gaji jauh melebihi purata pendapatan penduduk. Gaji yang rendah boleh menjejaskan akses kepada penjagaan kesihatan.

Sebagai contoh di Britain, gaji pokok tahunan untuk ahli parlimen bermula 1 April lalu ialah £84,144 (RM454,279). Anggaran purata gaji ahli politik di Britain pula sebanyak £24,600 (RM132,811). 

“Keputusan menunjukkan bahawa kelebihan kelangsungan hidup ahli politik hari ini adalah sangat tinggi berbanding dengan yang diperhatikan pada separuh pertama abad ke-20,” kata Dr. Laurence Roope di Pusat Penyelidikan Ekonomi Kesihatan Universiti Oxford. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI