fbpx

Suu Kyi terasing dalam penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG aktivis prodemokrasi memegang gambar Suu Kyi ketika menyertai perarakan di Tokyo pada 11 Disember 2021. - AFP

YANGON – Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi tetap bersemangat selepas dipindahkan daripada tahanan dalam rumah ke sebuah penjara, kata sumber yang mempunyai maklumat kes tersebut kelmarin.

Sumber berkenaan berkata, sejak ditumbangkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu, Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah di satu lokasi rahsia di Naypyidaw dengan ditemani staf domestik dan anjing peliharaannya.

Pemenang Hadiah Nobel berumur 77 tahun itu meninggalkan premisnya hanya untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah yang berkemungkinan menyaksikan beliau dihukum penjara lebih 150 tahun.

Pada Rabu lepas, Suu Kyi dipindahkan daripada tahanan dalam rumah ke tahanan pengasingan di penjara, kata jurucakap junta, Zaw Min Tun.

Namun, Suu Kyi tetap tenang selepas dipindahkan, kata sumber sama pula.

“Beliau seperti dirinya sebelum ini dan tetap bersemangat,” tambahnya.

Menurut sumber lain, staf domestik dan anjing Suu Kyi tidak mengiringinya apabila beliau dipindahkan ke penjara kelmarin, manakala kawalan keselamatan di sekitar penjara adalah lebih ketat berbanding sebelumnya.

Sumber tersebut berkata, sebanyak tiga staf wanita di penjara berkenaan akan ditugaskan untuk menjaga pe­mimpin itu tanpa menyatakan sama ada mereka ialah banduan atau warden penjara.

Sementara itu, seorang jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, pegawai-pegawai badan dunia itu amat bimbang tentang keadaan Suu Kyi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI