fbpx

Zuraida jumpa PM, bincang kedudukan dalam Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida.

PUTRAJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dijadual bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini bagi membincangkan kedudukannya dalam Kabinet.

Difahamkan, pertemuan itu akan berlaku sebelum mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, pagi ini.

Kenderaan membawa Zuraida dilihat memasuki bangunan berkenaan kira-kira pukul 9.25 pagi tadi.

Pertemuan Zuraida bersama Perdana Menteri itu kemungkinan berkisar mengenai kedudukan Ahli Parlimen Ampang itu dalam kabinet mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut supaya kerusi menteri dipegang Zuraida itu diberikan kepada partinya.

Malah, katanya, jawatan menteri itu adalah sebahagian daripada kandungan perjanjian antara Ismail Sabri dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida menerusi kenyataannya mengumumkan keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain turut meletakkan jawatannya sebagai menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI