fbpx

Perkhidmatan LRT di Johor bakal beroperasi pada 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fazli.

ISKANDAR PUTERI – Johor bakal mewujudkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Johor Bahru (JB) bagi mengintegrasikan perkhidmatan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang dijangka akan mula beroperasi pada 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah itu juga bukan sahaja bagi melengkapkan jaringan pengangkutan di pusat bandar dan melancarkan pergerakan penumpang RTS.

Katanya, langkah mewujudkan perkhidmatan LRT JB itu adalah antara sistem paling berkesan bagi mengatasi kesesakan trafik yang kritikal di bandar raya ini.

“Kerajaan negeri menerima banyak pandangan dan cadangan untuk mewujudkan sistem LRT JB apatah lagi ia memang sesuai dibangunkan di kawasan bandar, idea itu juga sememangnya dalam pertimbangan kerajaan negeri.

“Setakat ini, kerajaan negeri bersetuju untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan LRT di bandar raya ini.

“Kita menanti hasil kajian itu untuk melihat kawasan mana yang sesuai untuk dibina LRT termasuk stesennya dengan kawasan kepadatan penduduk tinggi menjadi keutamaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI