fbpx

BKM : Orang bujang dapat RM50, keluarga RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 melibatkan pemberian RM100 kepada golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) itu diberikan kepada rakyat susulan mengambil kira cabaran sara hidup dan kenaikan harga barang.

“Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

“Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta,” katanya tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI