fbpx

PICKids: Ibu bapa perlu ambil peluang bawa anak segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy

PETALING JAYA – Ibu bapa disarankan mengambil peluang yang diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi pembukaan semula pemberian vaksin Covid-19 di bawah PICKids selama lima hari bermula semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, seramai 397 kanak-kanak telah disuntik pada hari pertama (semalam) dan daripada jumlah tersebut, seramai 150 penerima baru mencapai umur lima tahun.

Jelasnya, KKM prihatin dengan permintaan para ibu bapa yang berharap kerajaan membuka semula pemberian suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak selepas ia ditamatkan pada 30 May 2022 lalu.

“Bersempena sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang bertemakan Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua, kita buka sekali lagi peluang untuk kanak-kanak di Malaysia menerima suntikan vaksinasi demi meningkatkan imunisasi badan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI