fbpx

Kiara Advani sindir peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIARA ADVANI

PELAKON Kiara Advani tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hubungan ‘istimewanya’ bersama aktor Sidharth Malhotra yang sering diperkatakan oleh peminat sehinggalah timbul khabar angin mengatakan kedua-dua mereka telah putus cinta.

Pelakon berusia 29 tahun itu menyedari tentang tanggapan peminat berhubung kisah percintaannya dengan Sidharth, namun tidak pernah mengakui bahawa mereka sedang bercinta.

“Peminat beranggapan saya bercinta dengan Sidharth walaupun saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Sehinggalah timbul khabar angin mengatakan kami sudah putus cinta. Sejujurnya saya betul-betul rimas dengan berita tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Kiara dengan tegas menyindir netizen supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu tentang dirinya. Dia enggan dikaitkan dengan gosip murahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI