fbpx

14 didakwa anggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 individu didakwa di Mahkamah Seksyen, George Town di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang 'Geng Chandra'. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seramai 14 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’ sejak Januari 2016 hingga tahun lalu.

Mereka ialah A. Santeran, 55, Mohd. Azlisham Che Azemi, 38, S. Boharaj, 29, Muhammad Fithri, 41, Marzuki Osman, 42, Milon Masud, 30, A. Raymond, 50, Rosman Mohd. Ismail, 49, A. Balasubramaini, 61 dan K. Subramanian,49.

Turut didakwa ialah dua wanita iaitu, Maria Prakit Cheenan Prakit, 48, dan Noor Wadia Aziz, 39.

Kesemua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh memandangkan mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berita berkaitan:  Polis Pulau Pinang tumpas sindiket seludup dadah

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Chandra’ antara Januari 2016 hingga 12 Mac 2021 di dalam daerah Timur Laut di sini dan didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah subseksyen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fakhrurazi Ahmad Salim, Saifuddin Rafaie dan Rohaiza Abdul Rahim.

Tertuduh, Mohd. Fitri diwakili peguam, Khairul Fairuz Rahman dan peguam Ahmad Abdullah mewakili tertuduh Santeran, Maria Prakit, Balasubramaniam, Subramaniam, Boharaj dan Raymond.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula pada 5 0gos ini.

Pada 2 Jun lalu, Kosmo! melaporkan Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran selepas menahan 11 suspek dalam siri serbuan di negeri ini mulai 24 Mei lalu sekali gus merampas senjata api, peluru hidup dan sebutir bom tangan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI