fbpx

Perbanyakkan graduan pertahanan, keselamatan – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Canselor UPNM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan titah ucapan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir ke Istiadat Konvokesyen ke-11 UPNM yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. FOTO / AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar negara terutamanya institusi pengajian tinggi (IPT) terus berusaha melahirkan graduan tempatan bagi mengisi profesion bernilai tinggi dalam bidang strategi pertahanan dan keselamatan negara.

Baginda bertitah, pihak berkenaan seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu meneroka bidang ilmu terbaharu bagi menentukan hala tuju serta sentiasa mempunyai barisan pemikir dan sarjana yang berupaya merangka pelan jangka panjang bagi melindungi kepentingan strategik negara.

“Semua rakan strategik UPNM khususnya Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan untuk terus mengukuhkan sinergi yang telah terbentuk erat demi menjulang UPNM ke tahap yang tinggi.

“Justeru strategi bersepadu wajar dirangka bagi menentukan Malaysia mempunyai ekosistem digital yang kukuh agar negara terus berdaya saing dalam mendepani transformasi dunia ke arah digital dengan melengkapkan aset pertahanan dan keselamatan moden dan berteknologi tinggi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Konvokesyen UPNM ke-11 Sidang Pertama di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh graduan kerana berjaya menamatkan pengajian serta berharap agar setiap graduan mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi.

“Tahniah dan syabas beta ucapkan kepada para graduan serta ibu bapa di atas kejayaan yang dikecapi selain ucapan tahniah buat tokoh-tokoh yang telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam istiadat kali ini.

“Pada khidmat beta, mahasiswa di IPT awam dan swasta hendaklah diterapkan dengan semangat bantu-membantu dan saling sayang-menyayangi merentasi batas perkauman dan agama,” titahnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI