fbpx

Harimau Malaya menang, Meerqeen pun jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIBAT Merqeen hadir menyaksikan perlawanan bola Harimau Malaya menentang Bangladesh di stadium baru-baru ini menjadi tular.

MINGGU ini, media sosial memang dilambakkan dengan cerita tentang kemenangan pasukan Harimau Malaya menumpaskan Bangladesh dalam satu perlawanan kelayakan Piala Asia.

Kemenangan tersebut diraikan seluruh rakyat Malaysia dan paling meriah pastinya mereka yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mana tidaknya, ada yang ‘mengadu’ perhatian mereka sedikit terganggu disebabkan kehadiran si kacak Meerqeen di stadium.

Kebanyakan penyokong wanita yang hadir teruja melihat artis kesayangan mereka berada di lokasi yang sama sehingga trending beberapa buah video Meerqeen yang dirakam secara rahsia.

“Tengok bola (tidak), menonton Meerqeen (ya),” komen netizen.

“Menyesalnya tak pergi tengok bola hari itu!” seloroh seorang lagi peminatnya.

Nampaknya kemenangan peminat bukan hanya untuk Harimau Malaysia tetapi juga rezeki bertemu artis kesayangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI