fbpx

Kebangkitan Harimau Malaya gamit memori Khalid Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALID akui begitu teruja dengan perubahan yang dibawa oleh Pan-gon dan dapat merasai sendiri aura setiap pemain Harimau Malaya.

NIKMAT mana lagi yang kita dustakan?

Selepas cukup dikenali sebagai individu yang sering memberikan kritikan pedas, bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali akui pencapaian Harimau Malaya menamatkan kemarau 42 tahun la­yak ke Piala Asia 2023 mengembalikan semula memorinya ketika mewakili pasukan negara pada era 70-an dan 80-an.

Khalid yang turut berada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu mengakui begitu teruja dengan perubahan yang dibawa Kim Pan-gon dan dapat merasai sendiri aura setiap pemain.

“Kita tidak boleh nafikan yang pasukan kita memang banyak berubah. Apabila dapat berada di stadium dan melihat sendiri pasukan negara beraksi, saya rasa seperti aksi Kelayakan O­limpik dulu. Saya dapat rasakan auranya, macam saya bermain dengan Korea Selatan.

“Mereka bermain dengan penuh semangat dan bergerak sebagai satu pasukan. Cukup seronok untuk menyaksikan persembahan pasukan dalam tiga perlawanan ini dan saya harap Pan Gon tidak diganggu, biarlah dia buat kerja dengan baik untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi,” katanya.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit adalah pada tahun 1980 yang dilangsungkan di Kuwait.

Ditanya mengenai perubahan yang dibawa Pan-gon sejak dilantik Januari lalu, Khalid berkata, keberanian pemain makin bertambah dan percaya jurulatih itu sudah pun cukup mengenali pemain tempatan.

“Jika dulu, pemain sayap kita hanya dapat melakukan hantaran lintang tetapi dengan sistem dua sayap kanan dan satu sayap kiri, kita dapat menembusi pertahanan lawan.

“Dia (Pan-gon) tahu mengenai pemain jadi dia rangkumkan sekali. Sebab itu kita nampak pasukan kita mampu beraksi baik sepanjang 90 minit,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI