fbpx

25 pekerja melecur berjalan di atas bara penangan ‘team building’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERPULUH-PULUH pekerja sebuah syarikat Switzerland, Goldbach cedera ketika menyertai latihan bina pasukan. - AFP

BERN, Switzerland – Sekurang-kurangnya 25 pekerja sebuah syarikat di utara Switzerland dimasukkan ke hospital akibat cedera selepas berjalan di atas arang panas semasa menyertai latihan bina semangat berpasukan atau team building, lapor portal berita MailOnline.

Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kes kecederaan itu melibatkan acara tertutup di Semenanjung Au dekat Tasik Zurich pada petang Selasa lalu, kata polis Zurich dalam satu kenyataan.

Setelah sisatan dijalankan, polis mendapati acara itu diadakan oleh syarikat Goldbach sebagai latihan bina semangat berpasukan. Seramai 13 orang dilaporkan mengalami melecur teruk.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa pasukan kecemasan bersama 10 ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.

Perkhidmatan kecemasan dihubungi selepas beberapa anggota kumpulan itu mengadu rasa sakit yang teruk pada kaki mereka selepas berjalan di atas arang panas.

Aktiviti berjalan merentasi arang panas atau firewalking semakin kerap diamalkan dalam kursus motivasi dan acara berkumpulan untuk memupuk semangat kebersamaan dan mengatasi kekangan mental.

Antaranya yang terkenal dengan aktiviti sedemikian termasuk penceramah motivasi, Tony Robbins yang menggalakkan pengikutnya berjalan di atas bara sebagai salah satu ekspresi untuk melawan ketakutan.

Walaupun arang yang digunakan dalam aktiviti tersebut bersuhu sekitar 500 darjah Celsius, bahan tersebut merupakan pengalir haba yang lemah dan ia mengambil masa lebih lama untuk memindahkan kepanasan kepada kulit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI