fbpx

SPM 2021 : 31 sekolah di Kelantan lulus 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar dan guru Sekolah Menengah Agama Falahiah, Tumpat bergambar kenangan selepas pengumuman keputusan SPM 2021 hari ini. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Sebanyak 31 buah sekolah termasuk 10 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Kelantan mencatat kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Bagi Gred Purata Sekolah (GPS) pula Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di sini mencatatkan GPS terbaik iaitu 1.95 manakala 51 buah sekolah lain turut menunjukkan GPS mengatasi Gred Purata Negeri (GPN).

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mohamad Ab. Wahab berkata, daripada 27,374 calon yang mendaftar 26,547 menduduki peperiksaan pada SPM 2021.

“GPN tahun 2021 untuk Kelantan adalah 5.10 dengan sebanyak 56 mata pelajaran diambil oleh calon. Daripada jumlah itu, 28 mata pelajaran yang ditawarkan mencapai kelulusan 100 peratus.

“Enam calon mendapat A+ untuk semua mata pelajaran dan 213 daripada calon sekurang-kurangnya A-. Jumlah ini mewakili 1.09 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada 2021,” katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di JPN, Tunjong di sini hari ini.

Ab. Wahab berkata, berdasarkan kepada kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri ialah 88.72 peratus iaitu seramai 17,855 calon.

Katanya, terdapat dua buah sekolah yang mencapai kelulusan 100 peratus bagi semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Tanah Merah dan Kolej Vokasional Kota Bharu manakala 11 lagi mencapai kelulusan 85 peratus ke atas.

Tambahnya, empat daripada enam calon Orang Asli juga mencapai keputusan lulus dan layak menerima sijil SPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI