fbpx

Polis siasat lelaki warga asing sokong ahli politik India hina Nabi Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di TikTok

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung video tular menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki warga asing menyokong tindakan ahli politik India menghina Nabi Muhammad SAW.

Difahamkan, video itu tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan warga asing mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan ahli politik India yang menghina Nabi Muhammad SAW di negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan mendapati video berkenaan dirakam di hadapan sebuah kuil di Batu Caves.

“Rakaman video terbabit dikesan tular di pelbagai aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook dan WhatsApp.

“Susulan itu, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai diminta agar sentiasa prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI