fbpx
NUR Aisyah diapit rakan-rakan seperjuangannya selepas kejayaan menerima keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jalan Pertang, Kuala Klawang. FOTO Ihsan Nur Aisyah

Disiplin ulang kaji jadi rahsia anak pekebun raih 4A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Rutin mengulang kaji pelajaran setiap kali pulang dari sekolah menjadi antara rahsia kejayaan seorang pelajar luar bandar apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Nur Aisyah Roshdan, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Undang Musa Al-Haj, Jalan Pertang, Kuala Klawang berkata, keputusan itu melangkaui jangkaannya kerana pencapaian dalam peperiksaan percubaan sebelum ini tidak begitu memberangsangkan.

“Ada kalanya keputusan saya meningkat dan ada kalanya menurun. Sebab itu saya benar-benar tidak menyangka akan memperoleh 4A. Keputusan percubaan juga tidak setinggi keputusan sebenar, jadi saya sangat bersyukur dengan pencapaian ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut pelajar aliran Sains Sosial itu, dia tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen, sebaliknya bergantung kepada usaha, bantuan guru dan perbincangan bersama rakan-rakan termasuklah latihan kendiri.

“Jika ada topik yang kurang difahami, saya akan berbincang dengan rakan-rakan melalui kumpulan belajar. Guru-guru juga banyak membantu sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan,” katanya. – KOSM! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN