fbpx
Fatimah (kiri) terharu melihat transkrip keputusan STPM Nurul Atiqah yang cemerlang di SMK Bukit Sawa, Marang hari ini.

Cemerlang STPM hadiah pengorbanan ibu jadi tukang cuci sara keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang anak tukang cuci membuktikan kesukaran hidup bukan penghalang untuk mencipta kejayaan apabila memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan hari ini.

Nurul Atiqah Syakirah Amran, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa merupakan antara 112 pelajar cemerlang Terengganu mendedikasikan sepenuhnya kejayaan tersebut buat ibunya, Fatimah Mat Yassin, 52, yang menjadi tonggak keluarga selepas pemergian bapanya, Amran Hassan kira-kira enam tahun lalu.

“Kami hilang tempat bergantung berikutan ayah meninggal dunia. Emak mengambil keputusan bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang di sini demi menyara kami empat beradik. Saya menyaksikan sendiri betapa bersungguhnya emak bekerja dengan gaji tidak seberapa demi memastikan kami adik-beradik dapat meneruskan persekolahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Anak ketiga daripada enam beradik itu percaya, dia tidak mampu meraih keputusan cemerlang dalam STPM jika bukan kerana semangat ibunya yang sanggup bangkit selepas mereka kehilangan ketua keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN