fbpx

Kanak-kanak 11 tahun hidap HIV, mati diliwat empat beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mangsa, Bertha, menggesa tindakan tegas diambil terhadap kesemua suspek. – Unitel News

SANTA CRUZ, BOLIVIA – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun di Bolivia meninggal dunia selepas dilaporkan berulang kali diliwat oleh empat adik-beradik  dua tahun lalu, sehingga menyebabkan dia dijangkiti virus kurang daya tahan (HIV), lapor akhbar Daily Star semalam.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan koma Sabtu lalu dan mengalami dua serangan jantung pada hari tersebut sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Santa Cruz.

Kes tersebut mendapat  perhatian seminggu lalu apabila ibu mangsa menggesa tindakan tegas diambil terhadap kesemua suspek.

Dia turut mendedahkan bahawa anaknya menjadi mangsa serangan seksual selama lebih dua tahun. Kanak-kanak itu hanya memberitahu kejadian tersebut apabila dia disahkan menghidap HIV tahun lalu.

Dia dilaporkan diliwat oleh empat beradik itu yang masing-masing berumur 15, 17, 23 dan 28 tahun. Mereka turut menjangkiti mangsa dengan penyakit yang membawa maut itu.

Sejurus selepas mangsa mengenal pasti kesemua suspek, keluarganya terus membuat laporan polis.

Menurut laporan, abang sulung suspek telah meninggal dunia akibat HIV tahun lalu, manakala seorang daripada mereka dikatakan melarikan diri ke Chile.

Salah seorang daripada mereka pula dihantar ke penjara Palmasola selepas dibelasah oleh penduduk yang berang, manakala seorang lagi yang merupakan pesalah bawah umur,  didakwa di mahkamah juvana dan akan dimasukkan ke sebuah pusat pemulihan. 

Susulan berita kematian mangsa, Presiden Bolivia, Luis Arce mengecam kesemua suspek dan berkata,   kejadian tragis itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa menghukum pelakunya.

“Sukar untuk mempercayai bahawa terlalu banyak perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” katanya menerusi media sosial. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI