fbpx
Kompleks Mahkamah Seremban. GAMBAR HIASAN.

Lelaki mengaku tidak bersalah ‘noda’ anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya berusia 18 tahun lebih dua minggu lalu.

Dia yang bekerja sebagai tukang mesin rumput membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim, N Kanageswari.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu telah melakukan rogol ke atas anak tirinya di sebuah rumah di daerah ini kira-kira pukul 2 pagi pada 6 Mei lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi. Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya merayu jaminan minima kerana dia hanya berpendapatan RM400 sebulan serta menanggung isteri, seorang anak tiri dan dua anak kandung. Kes disebut semula pada 6 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN