fbpx

Ismail Sabri bakar semangat juang Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) hadir menyaksikan Perlawanan Kumpulan E Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini..

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melepaskan peluang untuk hadir menyaksikan saingan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Ismail Sabri yang tiba di stadium berkenaan kira-kira pukul 8.45 malam disambut oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ini adalah kali kedua Ismail Sabri hadir menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 selepas perlawanan bertemu Bahrain yang menyaksikan skuad negara tewas 1-2, Sabtu lepas.

Pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan-gon berpeluang untuk layak ke pentas Piala Asia 2023 andai melakar kemenangan ke atas Bangladesh malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI