fbpx

2,092 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit peningkatan kepada 2,092 kes berbanding 1,571 kes kelmarin dengan tiada kes import dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,489,118 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,876 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,470,067 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,251), Kuala Lumpur (262), Perak (74), Pulau Pinang (105), Negeri Sembilan (24) dan Putrajaya (55).

“Ia diikuti oleh Melaka (46), Johor (68), Sabah (72), Sarawak (25), Kedah (50),Pahang (12), Kelantan (25), Perlis (tiga), Terengganu (19) dan Labuan (satu),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,716 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID kini menjadi 7,574 kes.

Sebanyak 22,607 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,589 kes dikuarantin di rumah, 16 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 978 kes di hospital, 12 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 12 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI