fbpx

Tiou inap desa: Suspek diberkas hingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Perintah reman pasangan suami isteri yang disyaki dalang kes penipuan inap desa tidak wujud terus disambung sehingga Rabu ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, sebelum ini, kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula Khamis lalu.

“Perintah sambungan reman itu bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut berhubung kes penipuan inap desa tidak wujud berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan pasangan suami isteri terbabit berjaya ditahan di sebuah rumah di Dungun bagi membantu siasatan kes penipuan inap desa tidak wujud berkenaan.

Penahanan itu berikutan aduan diterima daripada seorang pelancong yang berkunjung ke Terengganu pada 3 Jun lalu.

Mangsa mendakwa kerugian RM221.50 ditipu setelah inap desa di Jalan Pasir Panjang di sini ditempahnya secara dalam talian yang sebenarnya tidak wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI