fbpx

Gigih cari rezeki walaupun hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang penghantar makanan gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan hujan lebat.

PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Melalui perkongsian oleh CaramelOreoChip di Facebook, rakaman klip video berdurasi 18 saat itu telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial.

Menjadi seorang penunggang motorsikal dan bekerja di dalam keadaan hujan lebat itu semestinya mencabar tetapi ia tidak menghalang lelaki itu untuk menjalankan tugasnya.

Rata-rata pengguna media sosial turut memberikan komen yang positif dan pujian kepada lelaki itu kerana bersemangat mencari rezeki dalam keadaan itu.

“Hormat betul jenis orang yang macam ini, kadang- kadang rasa malu nak berkira dengan penghantar makanan,” tulis Cik Dahlia.

“Memang ada penghantar makanan jenis macam ini, cuma tak tular sahaja. Tak kira jenis kerja, berpanas atau berhujan. semoga murah rezeki,” ujar Shahrul Abdul.

“Demi rezeki, hujan sanggup ditempuh. Terbaik,” komen Muhammad Hafiz. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI