fbpx

Gejala cacar monyet sukar dikesan kerana menyerupai penyakit kelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gejala dialami pesakit cacar monyet. - Lancet Infectious Diseases, Elsevier, Prof Hugh Adler

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memaklumkan bahawa gejala cacar monyet sukar untuk dikesan kerana ia sering disalah anggap sebagai simptom penyakit kelamin, lapor agensi berita United Press International.

Pengarah CDC, Rochelle Walensky berkata, kes cacar monyet baru-baru ini tidak menunjukkan gejala yang kebiasaannya dialami pesakit virus itu.

Cacar monyet biasanya menunjukkan gejala seperti selesema, demam, sakit badan dan kelenjar bengkak sebelum pesakit mengalami ruam yang selalunya dikesan di kawasan kemaluan.

Bagaimanapun dalam wabak yang menular baru-baru ini, ia tidak menunjukkan gejala seperti selesema, kata Welensky kepada pemberita menerusi taklimat.

“Kami melihat kesan cacar monyet yang ringan dan kadang-kadang terhad di bahagian badan berbanding di negara-negara endemik seperti di Afrika Barat dan Tengah.

“Ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa sesetengah kes mungkin tidak disedari atau tidak didiagnosis,” katanya.

Tambah Walensky, gejala terbaharu mungkin seakan sama dengan pesakit sifilis, herpes, gonorea atau klamidia.

Justeru, beliau memberi amaran bahawa mereka yang baru sahaja disahkan menghidap penyakit kelamin mungkin sebenarnya menghidap cacar monyet.

CDC melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah mengesahkan 45 kes cacar monyet, meningkat dua kali ganda berbanding minggu lepas. Selain itu, terdapat lebih 1,300 kes itu direkodkan di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI