fbpx

Dari 10 balang ke jutaan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Zulhijjah kini menjual beribu balang bertih jagung sebulan, dengan jualan mencecah RM4 juta tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Master Stokist Eng’s Popcorn, Siti Zulhijjah Haron bermula dengan mengambil pesanan pertama sebanyak 10 balang bagi memenuhi permintaan guru.

“Ketika itu saya bertugas sebagai kerani sekolah, saya kongsi dengan kawan-kawan dan mula dapat permintaan setiap hari sepanjang 2018.

“Alhamdulillah dari 2018 sebagai dropship, saya ditawarkan menjadi ejen pada tahun sama, sebelum menjadi stokis pada 2019,” katanya.

Melihat perkembangan itu, pengasas Eng’s Popcorn, Mohamad Shazarul Ismail menawarkan tiket kepada Siti Zulhijjah untuk menghadiri program Nak Ubah Hidup (NUH) anjuran RichWorks.

Seterusnya, beliau menyertai program permentoran SPIRE pada Februari 2020 sebelum Titanium Circle pada Ogos.

“Saya paling suka ilmu kepimpinan yang dikongsi oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman walaupun sebelum ini, saya skeptikal dengan beliau.

“Bila ikuti seminar dan jumpa Dr. Azizan, baru saya sedar kenapa berniaga mesti ada ilmu,” jelasnya.

Mengimbau kenangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0, Siti Zulhijjah mengaku bimbang dengan stok bertih jagung yang baharu sampai.

Hasil bimbingan Dr. Azizan dan RichWorks, stok tersebut habis tidak sampai seminggu dan beliau buat pertama kali mencapai jualan melebihi RM1 juta pada 2020.

Pada 2021, jualan syarikat miliknya, SZH Rich Resources meningkat kepada RM4 juta dan Siti Zulhijjah menyasarkan jualan RM10 juta tahun ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di Popcorn House, Taman Desa Jaya, Johor atau Facebook Siti Zulhijjah di Madem Gegar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI