fbpx

1,124 majikan dikompaun tidak daftar dan carum pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Azman. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Sebanyak 1,124 kompaun dan lapan arahan pematuhan dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ke atas majikan menerusi Ops Kesan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pemeriksaan berkenaan melibatkan 5,579 majikan sejak Ops Kesan dilancarkan pada 8 Jun lalu.

Menurut Mohammed Azman, sebanyak 833 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan bakinya 291 kompaun dan lapan arahan pematuhan pula dikeluarkan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

“Jumlah keseluruhan menunjukkan hampir 20 peratus majikan yang dilawati masih belum mendaftar dan mencarum pekerja mereka di bawah Akta 4 dan Akta 800.

“Perkeso akan meningkatkan usaha dan mengembleng seluruh tenaga di seluruh negara untuk melawat majikan-majikan dan memastikan bahawa mereka mendaftar dan mecarum (pekerja),” katanya selepas hadir pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Perak di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI