fbpx
Suasana di sebuah restoran yang tular di media sosial kerana pemiliknya didakwa melayani pelanggan dengan kata kasar.

Pemilik restoran di Melaka mohon maaf insiden bahasa kasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Pemilik restoran tular di negeri ini yang didakwa melayani pelanggan dengan tutur kata kasar memohon maaf atas insiden tersebut dan berlapang dada menerima kritikan.

Anak pemilik restoran terbabit mengakui insiden itu berlaku di bawah pengaruh emosi yang menyebabkannya meninggikan suara kepada pelanggan terbabit.

Jelasnya, respons awal dalam insiden tersebut adalah secara spontan yang telah menjadi kebiasaan keluarganya, malah layanan seumpama itu bukan suatu isu bagi penduduk Melaka.

“Saya minta maaf bagi pihak kedai, sebab masa itu mungkin saya pun teremosi, naik angin sehingga meninggikan suara kepada pelanggan, tetapi mungkin ada juga kesilapan dari pihak mereka sehingga mencetuskan kemarahan.

“Saya bukan suka-suka nak marah, apa pun kita akan betulkan kesilapan tetapi mana yang rasa tak sesuai makan di kedai saya atau layanan, terpulanglah itu hak pelanggan,” katanya ketika ditemui di restoran itu di sini hari ini.

Tambahnya, penduduk Melaka sememangnya bercakap dalam lenggok sedikit kasar dan bernada kuat, namun bukan semua dalam bentuk makian.

Terdahulu tular satu video sejak kelmarin yang dimuat naik pengguna Facebook menyaksikan peniaga sebuah restoran meninggikan suara dan bercakap kasar kepada keluarganya.

Status dimuat naik wanita tersebut turut dikongsi 6,000 pengguna Facebook dan beberapa pembaca turut meninggalkan komen mendakwa restoran sama pernah tular sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR