fbpx

Polis buru Aimay, bantu siasatan kes wanita hamil mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Zulhakimy Aiman diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita hamil tujuh bulan di Kampung Teresek, Repek dekat Pasir Mas, Sabtu lalu. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita hamil tujuh bulan yang ditembak pada perutnya sebelum mayat ditinggalkan di dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, siasatan mendapati, lelaki itu, Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau lebih dikenali sebagai Aimay yang berasal dari Kampung Pak Jak di sini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, lelaki itu masih berada di Kelantan ketika ini.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta untuk membuat laporan di balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Nor Mazura Yaacob di talian 013-940 5819,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang wanita yang hamil tujuh bulan dibunuh dengan kejam apabila perutnya ditembak sebelum mayatnya ditinggalkan di dalam kereta di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek di sini Sabtu lalu.

Mayat mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga ibu tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun ditemui penduduk kampung yang curiga kereta itu ditinggalkan di lokasi berkenaan sejak hari Jumaat.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol jenis semi auto .380 berdasarkan penemuan kelongsong peluru di dalam kereta tersebut.

Mangsa yang juga peniaga kedai runcit dipercayai sedang dalam perjalanan untuk mengurut di Kampung Teresek dan ditemui kira-kira 15 kilometer dari rumahnya di Kampung Bukit Lata di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI