fbpx
CITY masih kekurangan satu perlawanan menyebabkan kemenangan ke atas Arsenal kali ini memberi peluang cukup besar untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris. - AFP

EPL: City anggap kekalahan akhiri impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menganggap pertemuan menentang Arsenal di Etihad malam ini sebagai aksi final dan misi ‘hidup mati’ buat pasukannya.

Guardiola percaya, keinginan City untuk menjulang kejuaraan musim ini bergantung kepada perlawanan berkenaan apabila kekalahan bermakna mereka perlu melupakan terus impian berkenaan.

City memerlukan kemenangan untuk terus mengurangkan jurang kepada tiga mata ketika mereka masih kekurangan satu perlawanan sekali gus mampu memberi tekanan besar buat Arsenal sehingga penghujung musim.

“Secara jelas ia seperti aksi final. Jika kami kalah, segalanya berakhir. Aspek yang paling penting ketika ini adalah keyakinan, jika kami boleh membelinya (keyakinan), itu perkara pertama yang kami akan lakukan ketika ini.

“Kira-kira sebelum lalu, ketika kami kehilangan mata dalam beberapa perlawanan penting, saya tidak fikir kami mampu untuk berada di sini hari ini (mencabar Arsenal). Selepas melihat jadual perlawanan, kami yakin masih ada peluang apabila perlu bertemu Arsenal di Etihad.

“Perbezaan enam mata bukan jumlah yang sedikit, tetapi kami percaya peluang itu masih ada. Segalanya bergantung kepada sikap dan keberanian kami di padang nanti. Penyokong bakal menjadi elemen penting untuk pasukan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Guardiola percaya bahawa City perlu terus meningkatkan tahap permainan mereka untuk memastikan mereka mampu melakar kejutan menjulang kejuaraan musim ini.

“Kami perlu menjadi lebih baik. Babak pertama ketika kami menewaskan Chelsea sebelum ini tidak begitu teruk, namun ia bukanlah satu persembahan yang hebat. Ketika bertemu Arsenal di final (Piala Liga Inggeris), tempoh 30 minit pertama mereka adalah pasukan lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN