fbpx

Nadiyah Shahab angkut kucing pergi bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI comel kucing peliharaan Nadiyah Shahab dan suami ketika dibawa bercuti ke Genting Highlands baru-baru ini.

SI cantik Nadiyah Shahab baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila bercuti ke Genting Highlands, Pahang bersama beberapa ekor kucing kesayangannya.

Paling membuatkan ramai geram apabila dia turut membawa kucing tersebut menaiki kereta kabel.

Memang manja sungguh kucing-kucing milik Nadiyah, dibawa pula menaiki kereta sorong. Macam bawa anak!

Disebabkan perkongsian tersebut, ramai yang teruja dan menganggap kucing-kucing tersebut sangat bertuah kerana memiliki tuan yang baik serta penyayang.

“Bertuahnya si kucing, tuan pergi berbulan madu pun boleh ikut sama,” komen netizen.

“Bahagia cara masing-masing. Seronok tengok dia bercuti bawa kucing-kucingnya,” puji seorang lagi pengikut Instagramnya.

Mungkin selepas ini akan lebih ramai membawa haiwan peliharaan bercuti atau bersiar-siar bersama.

MIZZ LAHAR: Masih ramai yang mengadakan majlis rumah terbuka walaupun bulan Syawal sudah berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI