fbpx

Ribut pasir Asia Barat diramal landa Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyeberang sebatang jalan di Bandar Raya Kuwait pada 23 Mei lalu. – AFP

LONDON – Fenomena ribut pasir yang melanda sebilangan negara di rantau Asia Barat sehingga mengakibatkan langit bertukar  warna merah dibimbangi merebak ke seluruh Benua Eropah menjelang minggu depan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Negara-negara Teluk seperti Kuwait, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Syria dan Iraq kini dilanda fenomena tersebut dengan udara persekitaran bertukar menjadi jingga.

Rantau tersebut dilanda cuaca ekstrem sejak pertengahan Mac lalu, namun pakar-pakar cuaca percaya bahawa fenomena ribut pasir boleh merebak ke negara-negara lain. 

Kata mereka,  ribut pasir kali ini adalah lebih berbahaya serta boleh membawa maut selepas  doktor-doktor di Syria dilaporkan merawat begitu ramai pesakit yang sukar bernafas kerana menyedut debu pasir.

Kebanyakan negara Teluk turut mengisytiharkan darurat akibat keadaan tersebut.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Syria, Seif al-Bard berkata, tiga individu terbunuh akibat ribut pasir di wilayah Deir ez-Zor. Susulan perkembangan itu, beliau mengeluarkan amaran mengenai bahaya fenomena tersebut kepada negara-negara lain.

“Kesan ribut pasir ini melepasi  sempadan serantau serta benua. Ini bukan masalah orang lain, tetapi masalah kita semua,” katanya.

Pada Mac lalu, angin yang membawa pasir dilaporkan melanda kawasan pantai di Britain, manakala beberapa minggu sebelumnya, debu pasir itu menjejaskan sebahagian kawasan di Perancis dan Sepanyol.

Awan debu Gurun Sahara turut menghasilkan kesan ‘hujan darah’ di London serta mengakibatkan jalan-jalan di Britain diliputi debu.

Dekan Fakulti Kesihatan Awam Universiti Nevada, Muge Akpinar-Elci berkata kepada akhbar The Guardian bahawa keadaan itu amat membimbangkan.

“Ribut pasir bukan sekadar menjejaskan satu negara atau lokasi spesifik, namun boleh memberi kesan kepada negara-negara lain di seluruh dunia,” ujarnya.

Menurut perkhidmatan kaji cuaca Accuweather, Britain akan mengalami sinaran ultra ungu (UV) tahap lapan dalam  indeks UV bermula 18 Jun ini yang dianggap  sebagai ‘tidak sihat’. Ia diramal berlanjutan selama tiga hari. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI