fbpx

Penerjun udara Britain maut payung terjun gagal terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYLAN Roberts maut di lokasi kejadian apabila terjun dari cerun Gunung Dolomites, Itali. – Daily Star

ROM – Seorang lelaki Britain terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 800 meter akibat kegagalan payung terjun untuk terbuka ketika melakukan aktiviti terjunan udara di Itali, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Peminat sukan ekstrem, Dylan Morris Roberts maut di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan tragis itu di Gunung Dolomites.

Lelaki berusia 33 tahun itu melakukan aktiviti tersebut bersama lima rakannya ketika melompat dari cerun gunung itu.

Roberts ialah seorang ahli penerjun udara yang telah melakukan berpuluh-puluh terjunan. Dia juga merupakan bekas pengajar di sekolah Payung Terjun Britain.

Rakan-rakannya dilaporkan menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera sejurus kemalangan itu berlaku. Pasukan penyelamat kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Polis tempatan berkata, payung terjung mangsa gagal berfungsi selain mengesyaki dia mungkin tersilap mengira trajektorinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI