fbpx

Pemandu tersepit dalam kemalangan 5 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dengan kemalangan di Lebuh Raya Elite hari ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di dalam kenderaannya dalam kemalangan membabitkan empat buah kereta dan sebuah lori di Kilometer 21.9, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.48 pagi.

Susulan itu,sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat KLIA tiba di lokasi kemalangan pada pukul 11.09 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan empat buah kereta dan sebuah lori. Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu di dalam kereta Perodua Bezza.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI