fbpx

Kemaruk gaji lumayan, rakyat Malaysia di tipu di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheah (kiri) menunjukkan kecederaan yang dialami selepas ditolak anggota sindiket penipuan di Myanmar ketika sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA, hari ini.

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahu mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih lumayan, seorang pembantu kedai makan diperdaya sindiket penipuan dengan dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ di Myammar.

Bahkan pemuda berusia 19 tahun itu turut dibelasah anggota sindiket termasuk ditolak dari balkoni tingkat tiga di sebuah penempatan di Myawaddy, Myanmar pada April lalu hingga patah kaki, patah tulang rusuk serta cedera di kepala.

Mangsa yang dikenali Cheah, 19, dan berasal dari Taman Merdeka, Melaka berkata, dia mendapat tahu tawaran pekerjaan sebagai pelayan di pusat karaoke KTV di Thailand yang menawarkan gaji RM4,000 melalui laman Facebook pada awal tahun ini.

Dia yang bekerja di sebuah cafe di Melaka dengan pendapatan RM1,800 sebulan memberitahu, melihatkan tawaran gaji yang menarik membuatkan dia teruja untuk mencuba tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga.

“Selepas menerima tawaran pekerjaan, saya dibawa anggota sindiket dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dari Melaka ke Bangkok melalui Sungai Golok dengan perjalanan hampir 10 jam tanpa menggunakan pasport.

“Sebaik tiba di sebuah penempatan dipercayai pusat operasi kegiatan penipuan, baharulah saya sedar yang saya sudah tertipu yang mana saya perlu bekerja dengan sindiket penipuan berkenaan termasuk kegiatan ‘Love Scam’ yang menyasarkan mangsa dari seluruh dunia termasuk Taiwan serta Amerika Syarikat,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA, di Wisma MCA, di sini hari ini.

Cheah memberitahu, sepanjang tiga hari berada di Bangkok, dia kemudiannya dipindahkan ke sebuah penempatan di Myawaddy, Myanmar menggunakan laluan tikus.

Dakwanya, akibat enggan bekerja dengan sindiket, dia sering dipukul menggunakan kayu besbol termasuk ditolak dari balkoni tingkat tiga bangunan berkenaan menyebabkan tulang rusuk serta kaki patah termasuk cedera di kepala.

Ujarnya lagi, ketika dia menyatakan hasrat untuk pulang ke tanah air, anggota sindiket mengugut ahli keluarganya agar membayar RM120,000 sebagai syarat membebaskannya.

“Hasil usaha ahli keluarga dan rakan akhirnya berjaya mengumpul wang berkenaan untuk diserahkan kepada sindiket sebelum saya dihantar ke Mae Sot, Myanmar.

“Dengan bantuan pihak kedutaan serta pihak berkuasa, saya akhirnya tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Mei lalu, saya sangat bersyukur kerana berjaya pulang ke tanah air selepas hampir dua bulan menjadi tawanan serta penipuan sindiket berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI